PUBGM Selangor XTIV Virtual Esport (U12 category)

By Esports Selangor Association
Online, Selangor
Description
KEJOHANAN SELANGOR XTIV VRITUAL E-SPORTS 2020 (SXVE20)

Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda & Sukan dan Pembangunan Modal Insan dengan kerjasama Persatuan E-sports Selangor (ESS) buat julung kalinya akan menganjurkan ‘KEJOHANAN SELANGOR XTIV VIRTUAL E-SPORTS 2020 (SXVE20)’. Kejohanan secara atas talian (online) ini akan bermula pada 4 Mei hingga hujung tahun 2020 yang dianjurkan secara berperingkat/fasa (bulanan). Fasa Pertama bermula pada 4 hingga 31 Mei 2020 dengan lima (5) permainan dipertandingkan iaitu Mobile Legends: Bang Bang, PUBG Mobile, FIFA 20, PES 20.
SXVE20 adalah inisiatif Kerajaan Negeri untuk menggalakkan penglibatan aktif rakyat, khususnya belia dalam melakukan aktiviti berfaedah di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, justeru bersama-sama berganding bahu mencegah penularan COVID-19 dengan terus kekal #stay@home. Kejohanan ini menekankan pembangunan E-Sukan di peringkat akar umbi dengan membuka peluang lebih ramai bakat-bakat baharu, sekaligus mensasarkan satu (1) juta penyertaan terutamanya kepada pasukan-pasukan amatur.
Timezone
Asia/Kuala Lumpur (UTC+08:00)
Prize
No prize information.