Beschreibung
Kejohanan PUBG Mobile Tournament 2019 ini adalah salah satu daripada usaha pihak persatuan dalam memastikan akses pendidikan yang berkualiti untuk setiap pelajar berupaya memberi kesan berganda dalam bidang pembelajaran. Ini secara tidak langsung dapat melonjakkan pencapaian pelajar-pelajar dalam bidang pembelajaran khasnya.
Badan sihat otak cerdas boleh dikaitkan dengan aktiviti-aktiviti jasmani yang diadakan di universiti. Elemen ini sangat dititik beratkan oleh pihak universiti bagi melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, intelektual dan rohani. Inilah modal insan yang bersifat holistik yang bakal kita lahirkan pada hari ini dan juga pada masa akan datang.